Saturday, January 24, 2009

JOM PI KOH LANTA DGN SCOOTER BESI....


pada penghujung tahun yang lalu bengkel sanussi macanicca telah mengadakan satu konvoi yang amat mencabar bagi menutup aktiviti tahunan kami.... konvoi ini menuju ke sebuah destinasi yang amat indah dan menarik sekali, terutamanya buat anda yang gemar melancong ke luar negara.... destinasi kami adalah koh lanta yai, thailand...

bumi gajah putih ini amat eksotik sekali... tentu anda sedia maklum dengan menu2nya yang akan menggatal kan tengkuk anda ... hehehe.. tetapi jangan lah berfikiran nagetif kerana dimana2 sahaja kita akan dapati rakan2 muslim kita akan ada... sama lah dgn negara jiran kita nie pon... walau pun jauh keselatan kami menjelajah tanah siam ini tapi masih ramai umat islam yang kami temui menjaja makanan halal untuk santapan kita...
kami bertolak di sebelah petang dari kangar dan tiba lewat senja d sempadan wang kelian .. akibat menunggu seorang peserta yang merangkap perancang di dalam konvoi kali ini tiba dari kuala lumpur kami berada di situ sehingga ke malam...




perjalanan kami bermula pada keesokan harinya setelah kami bermalam di satun... disini kami disambut meriah oleh rakan seperjuangan dari bandar satun yang dikenali sebagai mr. EA ...




pelbagai ranjau dan duri kami tempuhi pada hari kedua perjalanan kami apabila jentera Vespa yang di tunggang peserta meragam d pertengahan jalan... antara yang teruk mengalami kerosakan adalah jentera abg omar yang menunggang super 150 dan turut seta meragam adalah Vespa kesayangan saya juga, mungkin dek kerana tak pernah dirinya dibawa merantau sejauh itu.... mujur lah dengan kepakaran mekanik handalan iaitu abg Shi kita yang berjaya membantu sepanjang perjalanan...




setelah penat lelah kami berperang di jalanan akhirnya tiba juga kami di jeti koh lanta yai.....dan kami menunggu feri untuk menyeberangi lautan ke koh lanta noi... iaitu kepulauan kedua setelah tiba di pulau koh lanta yai... (akan bersambung...)

 

blogger templates | Make Money Online