Friday, October 23, 2009

KONVOI KE KOH SAMUI THAILAND

Pada bulan ogos yang lalu telah diadakan sebuah konvoi yang di sertai oleh beberapa penggemar vespa dari setiap ceruk rantau Malaysia yang telah dianjurkan olah bengkel sanussi maccanica.. konvoi kali ini adalah mensasarkan sebuah pulau yang indah di Negara jiran kita iaitu KOH SAMUI.

Berbeza dengan setiap pulau yang kita miliki di Malaysia panoramanya ialah kebanjiran pelancong eropah yang tak pernah surutnya ke sini walau pun di musim penyakit yang merebak meluasnya pada masa ini iaitu H1N1. perjalanan ke pulau ini mengambil masa seharian juga di sebabkan beberapa masalah jentera yang dialami semenjak dari sempadan lagi, diatara jentera yang palingteruk mengalami masaalah ialah sebuah Excel yang dimiliki oleh En. Atan , setelah 4 jam menantikan Elektronik nya di baik pulih baru lah perjalanan dapat diteruskan.

Beberapa perkara lagi yang menarik spanjang perjalanan ini adalah pemandangan nya yang menarik sepanjang segenting kra yang kami lalui, jangan terkejut kekawan kalau anda dapat melihat kincir angina besar macam kat belanda tu ada dibeberapa tempat sepanjang perjalanan ke koh samui ini, setelah malam menjelang kami juga tak dapat dali meneruskan perjalanan dan terpaksa bermalam disebuah Bandar yang diberi nama nakon sitamarat, kalau kekewan nak tau nakon itu membawa maksuk sebuah Bandar dan jika kekawan nampak dia tulis nakon tu dah tentu dia sebuah Bandar yang besar dan memiliki penduduk yang agak padat.

Keesokan paginya barulah kami tiba ke jeti KOH SAMUI , ingatkan naik feri kecil aja rupa-rupanya besar siot ferinya siap boleh naik lorry dua tiga biji lagi. Apabila sampainya kami di pulau KOH SAMUI maka jatuh cinta lah kami pada keindahannya, pantainya yang bersih dah penduduknya nya yang ramah. Buat pengetahuan kekawan makanan disini A1 beb.. tapi hanya satu kawasan sahaja yang dapat kita temui makanan halal dan kalau aku nak petua pun susah jugak tapi kalau kekawan nak tau cari ja masjid di dalam pulau ini dan kekawan akan mendapati tempat makanan halal bagai kan syurga makanan.

Diantara perkara yang mencabar dalam perjalanan kali ini adalah ketika pulang dimana sebuah lagi jentera PX150 yang dimiliki oleh Pak Ad kita dari jitra mengalami kerosakan teruk dan terpaksa ditolak pulang maka sejarah tercipta apabila kami terpaksa menolak jentera PX150 ini sejauh 500 KM .. Wow .. amat memeritkan tetapi menyeronokkan kerana ini lah yang tak dapat kita perolehi dalam hidup kita iaitu cabaran kekawan.. kalau kita sentiasa hidup dalam zon selesa selagi itu lah kita tak akan belajar bersyukur dan dan menilai keupayaan diri kita menanggani masaalah dalam kehidupan bak kata pepatah .. perjalanan adalah pelajaran .. aku reka ja pepatah tu so jangan guna dalam exam ye kekawan heheh..













SCOOTER AND CLASIC BIKE MEETING 2009 IN TRANG THAILAND


Pada bulan july yang lalu telah diadakan sebuah perjumpaan bagi scooter dan juga motosikal klasik yang dianjurkan oleh club vespa trang, dengan itu pihak bengkel sanussi maccanica telah dijemput sama untuk memeriah kan lagi acara ini.. seperti yang diketahui pihak kita sememangnya mempunyai hubungan baik dengan setiap kelab vespa Negara jiran ini maka tak dapat tidak kita akan tetap memberi sokongan kepada setiap major evan yang mereka adakan.. ini lah semangat vespa yang kita semai selama ini..

Bertempat di Bandar Trang pada asalnya yang dimaklumkan… tetapi lokasi sebenarnya adalah disebuah pusat rekriasi di daerah trang nie rupanya.. tempat yang menarik kekawan sebab ianya diadakan dalam kawasan tasik.. diantara acara yang diadakan sangat berbeza dengan perjumpaan yang lain atau pun yang terdapat di Negara kita… kalau perjumpaan vespa dinegara kita dimeriahkan dengan perlumbaan drag atau sprin test yang selalu diadakan tetapi mereka nie siap buat lumba trek lagi beb… yang best tu pusing tasik.. kalau miss lap tu masuk dalam air la scooter besi mereka tu.

Hari pertama kami sampai acara belum bermula.. so enjoy dulu kat pakmeng beach.. best beb.. lepak tepi pantai.. tengok la gambar posing baik nya kat pantai dibawah nie… dan sejarah konvoi kami kali ini adalah sambutan yang amat memberangsangkan.. kira-kira nya lebih dari 15 buah scooter besi yang turut serta tau… apa-apa pun special thank for trang vespa club atas segala layanan yang baik dan meriah serta tak lupa juga kepada Jat sekeluarga yang telah menjamu kami durian dan buah-buahan lain lagi di dusun nya semasa perjalanan pulang kami di wang kelian … best beb makan buah fresh kutib kat pokok lagi tu …
























Sunday, March 29, 2009

sang Magoo n cosa nya ..

Ini lah sang magoo.... rakan kita dari sanussi maccanica yang memiliki sebuah scoter piagio yang luar biasa di negara kita... buat pengetahuan kekawan sang magoo pernah memeliki pelbagai lagi spesis vespa lain tetapi hanya silih berganti sehinga cosa berkapasiti 200cc ini menjadi pilihannya... jika ditanya tentang pengalaman tentu lah banyak tapi yang tak dapat dilupakan dia kata masa kemalangan bersama vespa kesayangan nya ketika tahun 2006 dahulu ... tetapi semua itu tak menjadi pematah semangat bagi dirinya dari terus bergiat atif dalam dunia vespa.... untuk bulan nie aku pilih magoo bukan nya apa... kerana scooter cosa ni amat jarang kita dapat lihat di negara kita... dengan kehebatan injin nya sudah pasti menjadi igauan ngeri buat setiap peserta konvoi yang bakat bersama jentera nie... datang lah sendiri ke bengkel untuk melihat keunikan spesis cosa 200 ini di sanussi mecanicca 01000...


scooter love party

Pada awal tahun ini sebuah club vespa dari negara jiran kita telah mengadakan satu perhimpunan scooter clasik secara besar besaran di daerah hatyai... dengar khabar ramai kekawan kita dari selatan juga telah turut serta bersama sama rakan-rakan dari sanussi maccanica menghadiri acara gilang gemilang ini... dan dengar khabar meriahnya acara nie sampai kekawan kita kata nak daftar pon dah tak dapat baju coz terlalu ramai orang yang hadir mendaftar... so kena tido hotel la kekawan kita nie... apa2 pun aku ucapkan tahniah kepada mereka yang sanggup bersusah payah ke hatyai lalu kerana semangat mereka demi dunia vespa yang dicintai.... dibawah nie ada gambar mereka yang berjaya sampai kesana...




Tuesday, February 10, 2009

sambungan koh lanta


Ya kawan-kawan.... ini sambungan dari isu koh lanta yang saya war2 kan pada bulan yang lalu.... hari itu saya dah cerita sampai ke pelabuhan sahaja kan... ok... selepas kami sampai ke pelabuhan terus kami bersama-sama mencari tempat yang sesuai untuk bermalam dahulu dan mengikut tuan tempat yang perlu kami cari perlulah berdekatan dengan sebuah club reggae ... so puas lah kami cari dalam pulau itu sebuah club reggae yang ada... akhirnya bertemulah kami dengan sebuah chalet yang berhampiran ngan club reggae itu... wah... cantik betul tempat nie... n kami siap ble main futsal ngan mat salleh dari jerman lagi... mandi pantai? ... dah tentu lah boleh... tempat penginapan pon sebelah ngan pantai aja. nak makan ... best siot tempat makan dia... tapi awek lawa tak ada lah... makanan yang paling best tentu lah tomyam kawan-kawan... so... kalau u all nak tengok dengan lebih lanjut tentag pengalaman kami di koh lanta lihat lah video di bawah nie geng...

Wednesday, February 4, 2009

Galery February






Nie dia proses cat lapisan pertama untuk lambret yang amat teliti di bengkel sanussi maccanica kita...





Wah-wah.... otai kita tengah dok welding PX sapa pulak nie...... tekun betul abg shi....



Nie dia model PS Special Edition yang sukar kita temui dinegara kita .... tapi kalau hampa nak tengok dan kaji kelebihannya datang benkel n usha sendiri model ini... PS ada lampu isyarat bro....
















Tu la dia.... org tua2 dah kata... jangan dok race kamarul oi.... kan dah patah vespa kesayangan hang tu.... tak pa nanti kami tolong bli gam gajah sambung PX hang ok... jangan bersedih lagi ya... n dengar cita PX nie akan bertukar warna selepas nie... warna apa agaknya ya...

Tuesday, February 3, 2009

Sejarah Vespa





Piaggio didirikan pada tahun1884 di Italia oleh Rinaldo Piaggio. Pada awalnya Piaggio adalah syarikat yang memproduksi peralatan kapal, rel kereta dan gerbong kereta api. Pada saat Perang Dunia Pertama berkecamuk, Piaggio memproduksi pesawat terbang.
Pada akhir Perang Dunia II, syarikat Piaggio di bom oleh pesawat sekutu. Setelah perang tamat, Enrico Piaggio mengambil alih Piaggio dari ayahnya (Rinaldo Piaggio). Pada saat itu ekonomi Italia sedang merosot, Enrico memutuskan untuk mengeluarkan alat transportasi yang murah
Dibantu oleh ahli pesawat terbang Corradino D’Ascanio, Enrico menciptakan sebuah design alat transportasi roda dua dengan inspirasi dan teknologi dari pesawat terbang. Berteraskan suspensi monoshock untuk memudahkan mengganti ban diadaptasi dari roda pesawat terbang, bahkan produk pertamanya benar-benar menggunakan roda depan pesawat terbang. Starter dibuat dari bagian komponen bom, serta bodinya diperbuat dari alumunium seperti bodi pesawat terbang.
Menurut berbagai sumber, Vespa di pasarkan pertama kali pada tahun 1945. Kata ”Vespa” berasal dari kata ”Wesp” yang berarti ”binatang penyengat atau lebah”. Memang binaan Vespa jika dilihat dari atas terlihat seperti lebah.
Dalam perkembangannya, Vespa tidak hanya di pasarkan di Italia, tetapi juga laris di Perancis, Inggris, Jerman, Spanyol, Brasil serta India. Karena minat konsumen yang begitu besar, Vespa juga di pasarkan di Jerman dan Inggris.
Selain Vespa, pada masa itu juga lahir berbagai model kendaraan roda dua jenis ini, seperti Lambreta, Zundap, Heinkel, NSU, Hummel.

Saturday, January 24, 2009

JOM PI KOH LANTA DGN SCOOTER BESI....


pada penghujung tahun yang lalu bengkel sanussi macanicca telah mengadakan satu konvoi yang amat mencabar bagi menutup aktiviti tahunan kami.... konvoi ini menuju ke sebuah destinasi yang amat indah dan menarik sekali, terutamanya buat anda yang gemar melancong ke luar negara.... destinasi kami adalah koh lanta yai, thailand...

bumi gajah putih ini amat eksotik sekali... tentu anda sedia maklum dengan menu2nya yang akan menggatal kan tengkuk anda ... hehehe.. tetapi jangan lah berfikiran nagetif kerana dimana2 sahaja kita akan dapati rakan2 muslim kita akan ada... sama lah dgn negara jiran kita nie pon... walau pun jauh keselatan kami menjelajah tanah siam ini tapi masih ramai umat islam yang kami temui menjaja makanan halal untuk santapan kita...
kami bertolak di sebelah petang dari kangar dan tiba lewat senja d sempadan wang kelian .. akibat menunggu seorang peserta yang merangkap perancang di dalam konvoi kali ini tiba dari kuala lumpur kami berada di situ sehingga ke malam...




perjalanan kami bermula pada keesokan harinya setelah kami bermalam di satun... disini kami disambut meriah oleh rakan seperjuangan dari bandar satun yang dikenali sebagai mr. EA ...




pelbagai ranjau dan duri kami tempuhi pada hari kedua perjalanan kami apabila jentera Vespa yang di tunggang peserta meragam d pertengahan jalan... antara yang teruk mengalami kerosakan adalah jentera abg omar yang menunggang super 150 dan turut seta meragam adalah Vespa kesayangan saya juga, mungkin dek kerana tak pernah dirinya dibawa merantau sejauh itu.... mujur lah dengan kepakaran mekanik handalan iaitu abg Shi kita yang berjaya membantu sepanjang perjalanan...




setelah penat lelah kami berperang di jalanan akhirnya tiba juga kami di jeti koh lanta yai.....dan kami menunggu feri untuk menyeberangi lautan ke koh lanta noi... iaitu kepulauan kedua setelah tiba di pulau koh lanta yai... (akan bersambung...)

 

blogger templates | Make Money Online