Friday, October 23, 2009

SCOOTER AND CLASIC BIKE MEETING 2009 IN TRANG THAILAND


Pada bulan july yang lalu telah diadakan sebuah perjumpaan bagi scooter dan juga motosikal klasik yang dianjurkan oleh club vespa trang, dengan itu pihak bengkel sanussi maccanica telah dijemput sama untuk memeriah kan lagi acara ini.. seperti yang diketahui pihak kita sememangnya mempunyai hubungan baik dengan setiap kelab vespa Negara jiran ini maka tak dapat tidak kita akan tetap memberi sokongan kepada setiap major evan yang mereka adakan.. ini lah semangat vespa yang kita semai selama ini..

Bertempat di Bandar Trang pada asalnya yang dimaklumkan… tetapi lokasi sebenarnya adalah disebuah pusat rekriasi di daerah trang nie rupanya.. tempat yang menarik kekawan sebab ianya diadakan dalam kawasan tasik.. diantara acara yang diadakan sangat berbeza dengan perjumpaan yang lain atau pun yang terdapat di Negara kita… kalau perjumpaan vespa dinegara kita dimeriahkan dengan perlumbaan drag atau sprin test yang selalu diadakan tetapi mereka nie siap buat lumba trek lagi beb… yang best tu pusing tasik.. kalau miss lap tu masuk dalam air la scooter besi mereka tu.

Hari pertama kami sampai acara belum bermula.. so enjoy dulu kat pakmeng beach.. best beb.. lepak tepi pantai.. tengok la gambar posing baik nya kat pantai dibawah nie… dan sejarah konvoi kami kali ini adalah sambutan yang amat memberangsangkan.. kira-kira nya lebih dari 15 buah scooter besi yang turut serta tau… apa-apa pun special thank for trang vespa club atas segala layanan yang baik dan meriah serta tak lupa juga kepada Jat sekeluarga yang telah menjamu kami durian dan buah-buahan lain lagi di dusun nya semasa perjalanan pulang kami di wang kelian … best beb makan buah fresh kutib kat pokok lagi tu …
























0 Comments:

 

blogger templates | Make Money Online