Friday, October 23, 2009

KONVOI KE KOH SAMUI THAILAND

Pada bulan ogos yang lalu telah diadakan sebuah konvoi yang di sertai oleh beberapa penggemar vespa dari setiap ceruk rantau Malaysia yang telah dianjurkan olah bengkel sanussi maccanica.. konvoi kali ini adalah mensasarkan sebuah pulau yang indah di Negara jiran kita iaitu KOH SAMUI.

Berbeza dengan setiap pulau yang kita miliki di Malaysia panoramanya ialah kebanjiran pelancong eropah yang tak pernah surutnya ke sini walau pun di musim penyakit yang merebak meluasnya pada masa ini iaitu H1N1. perjalanan ke pulau ini mengambil masa seharian juga di sebabkan beberapa masalah jentera yang dialami semenjak dari sempadan lagi, diatara jentera yang palingteruk mengalami masaalah ialah sebuah Excel yang dimiliki oleh En. Atan , setelah 4 jam menantikan Elektronik nya di baik pulih baru lah perjalanan dapat diteruskan.

Beberapa perkara lagi yang menarik spanjang perjalanan ini adalah pemandangan nya yang menarik sepanjang segenting kra yang kami lalui, jangan terkejut kekawan kalau anda dapat melihat kincir angina besar macam kat belanda tu ada dibeberapa tempat sepanjang perjalanan ke koh samui ini, setelah malam menjelang kami juga tak dapat dali meneruskan perjalanan dan terpaksa bermalam disebuah Bandar yang diberi nama nakon sitamarat, kalau kekewan nak tau nakon itu membawa maksuk sebuah Bandar dan jika kekawan nampak dia tulis nakon tu dah tentu dia sebuah Bandar yang besar dan memiliki penduduk yang agak padat.

Keesokan paginya barulah kami tiba ke jeti KOH SAMUI , ingatkan naik feri kecil aja rupa-rupanya besar siot ferinya siap boleh naik lorry dua tiga biji lagi. Apabila sampainya kami di pulau KOH SAMUI maka jatuh cinta lah kami pada keindahannya, pantainya yang bersih dah penduduknya nya yang ramah. Buat pengetahuan kekawan makanan disini A1 beb.. tapi hanya satu kawasan sahaja yang dapat kita temui makanan halal dan kalau aku nak petua pun susah jugak tapi kalau kekawan nak tau cari ja masjid di dalam pulau ini dan kekawan akan mendapati tempat makanan halal bagai kan syurga makanan.

Diantara perkara yang mencabar dalam perjalanan kali ini adalah ketika pulang dimana sebuah lagi jentera PX150 yang dimiliki oleh Pak Ad kita dari jitra mengalami kerosakan teruk dan terpaksa ditolak pulang maka sejarah tercipta apabila kami terpaksa menolak jentera PX150 ini sejauh 500 KM .. Wow .. amat memeritkan tetapi menyeronokkan kerana ini lah yang tak dapat kita perolehi dalam hidup kita iaitu cabaran kekawan.. kalau kita sentiasa hidup dalam zon selesa selagi itu lah kita tak akan belajar bersyukur dan dan menilai keupayaan diri kita menanggani masaalah dalam kehidupan bak kata pepatah .. perjalanan adalah pelajaran .. aku reka ja pepatah tu so jangan guna dalam exam ye kekawan heheh..













SCOOTER AND CLASIC BIKE MEETING 2009 IN TRANG THAILAND


Pada bulan july yang lalu telah diadakan sebuah perjumpaan bagi scooter dan juga motosikal klasik yang dianjurkan oleh club vespa trang, dengan itu pihak bengkel sanussi maccanica telah dijemput sama untuk memeriah kan lagi acara ini.. seperti yang diketahui pihak kita sememangnya mempunyai hubungan baik dengan setiap kelab vespa Negara jiran ini maka tak dapat tidak kita akan tetap memberi sokongan kepada setiap major evan yang mereka adakan.. ini lah semangat vespa yang kita semai selama ini..

Bertempat di Bandar Trang pada asalnya yang dimaklumkan… tetapi lokasi sebenarnya adalah disebuah pusat rekriasi di daerah trang nie rupanya.. tempat yang menarik kekawan sebab ianya diadakan dalam kawasan tasik.. diantara acara yang diadakan sangat berbeza dengan perjumpaan yang lain atau pun yang terdapat di Negara kita… kalau perjumpaan vespa dinegara kita dimeriahkan dengan perlumbaan drag atau sprin test yang selalu diadakan tetapi mereka nie siap buat lumba trek lagi beb… yang best tu pusing tasik.. kalau miss lap tu masuk dalam air la scooter besi mereka tu.

Hari pertama kami sampai acara belum bermula.. so enjoy dulu kat pakmeng beach.. best beb.. lepak tepi pantai.. tengok la gambar posing baik nya kat pantai dibawah nie… dan sejarah konvoi kami kali ini adalah sambutan yang amat memberangsangkan.. kira-kira nya lebih dari 15 buah scooter besi yang turut serta tau… apa-apa pun special thank for trang vespa club atas segala layanan yang baik dan meriah serta tak lupa juga kepada Jat sekeluarga yang telah menjamu kami durian dan buah-buahan lain lagi di dusun nya semasa perjalanan pulang kami di wang kelian … best beb makan buah fresh kutib kat pokok lagi tu …
























 

blogger templates | Make Money Online